Saturday, July 12, 2014

CAREFREE - HEY DJ

Carefree telah mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, KL pada 11hb Mei 2014 dalam program bulanan This Is Rockin Sunday.
Hanya pemain gitar, Simon masih merupakan anggota asal band yang telah di tubuhkan pada 70an ini.  Walau begitu persembahan band ini sangat mantap...aku rasa lebih bagus dari sewaktu anggota yang asal dari segi muziknya.  Walaupun tak berapa ramai yang hadir pada malam itu (mungkin peminat Carefree yang dulu2 dah pencen kot), namun aku rasakan ini lah salah satu band yang sangat aku puas hati menonton dari segi persembahan dan bunyi.
Aku berkempatan merakam video ini dari bahagian tengah tapi disadvantagenya rakaman bunyi distort kerana 2 speaker besar betul2 di atas kepala dan camcoder cap ayam aku ni takde record volume control.  Mengambil masa 2 bulan untuk aku buat posting ni kerana dijanjikan oleh seorang hambaAllah untuk memberikan audio yang dirakam terus dari sound engineer console tp sampai saat posting ni senyap takde khabar berita.  So aku decide untuk post jugaklah dengan bunyi yang aku filtered sendiri.  Lagu asalnya bertajuk "Ke disko"....telah diubahsuaikan  liriknya ke "Hey DJ".  Kalau korang nak tahu, album "Kebebasan" inilah antara album yang mempunyai adunan bunyi yang paling baik berbanding dengan album yang se'era' dengannya dari kumpulan Sweet Charity, Black Dog Bone atau D Lloyds pada waktu itu.

Sunday, June 29, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Aku mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa .  Maaf zahir dan batin seadanya.


RADHI (OAG) - KERONCONG IN ENGLISH

Ini pun video tahun lepas jugak.  Masa ni aku tengah mengikut kontinjen World Arts Games Malaysia.
Video ni terlupa nak post....



Amacam...bestkan?

INI BARU SIKIT JE...JANGAN MINTAK LEBIH2 !!

Video ni pun aku dah simpan lama....bagi sejuk dulu.
Kejadian awal tahun 2013 di Mantin.  Kisah gosip2 nya begini....(ni berita tak rasmi tau)

Adalah sorang awang hitam (negro) ni memandu kereta di kawasan kedai waktu malam mengenakan lambu tinggi (high beam).  Lalu di tegur oleh orang tempatan di situ lalu berlakulah pertengkaran dan berakhir dengan pergaduhan.  Salah seorang budak kita ni retak tulang pipi.  Awang hitam tu pun cabut lari ntah kemana.  Maka sekumpulan anak muda kita ni pun pergilah mencari si awang ni tapi tak jumpa.

Bila yang dicari tak jumpa, maka kereta yang parking di tepi jalan tu yang kebetulan kepunyaan spesis yang sama (awang hitam) jadi mangsa. Apo nak di kato...laen kali jgn maen2 ngan org kito...kan dah mengamuk!!

BARBIE CUT SCENES

Adegan ni aku cilok dari salah satu movie Barbie.  Biasanya kita jumpa potongan adegan yang tak jadi di akhiran movie Jackie Chan atau beberapa drama melayu.
 Tapi yang ni seolah2 Barbie dan watak2 lain macam watak pelakon manusia sebenar...ntah manalah dorang dapat idea ni..

COMEL TAPI TAK JINAK

Ini video lama.  Anak kucing remaja ni selalu bermain di perkarangan porch rumah aku.  Kalau sekilas dari luar pagar rumah aku tu, mesti orang akan menyangka ianya haiwan peliharaan aku.
Hakikatnya tidak....kucing ni jjinak2 merpati.  Bila didekati, ia akan lari.  Kalau dibagi makan pun, dia akan lari dulu....bila line dah clear, barulah ia akan makan.
Tengok ajelah gelagatnya dalam video bawah ni.  Dalam dia bermain2 dengan selipar yang bersepah tu, matanya tetap memandang pada kamera....tak malu betul..hehe...

THAT'S THE END OF IT

Dah sebulan aku tak update dalam blog ni.  Alasan? Takde mood.

Aku sekarang nak update beberapa peristiwa yang dah basi.  Bermula dari kisah kereta aku yang dah lebur.  Pada 7hb Mei jam 12.45pagi kereta aku dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic.  di perhentian teksi bertentangan dengan Hard Rock Cafe.  Pemandunya mabuk, aku tidak...Kereta aku diklasifikasikan sebagai "total loss" oleh insurance adjuster. 




Hasil pampasan insuran hanyalah ciput walaupun tidak seperti yang diharapkan....nak buat duit muka kereta baru pun tak lepas...apa daa..
Sekarang aku terpaksa meminjam kereta orang untuk bekerja.  Belum pasti apa next plan aku...tengah blur.



Si mangkuk hayun yang langgar kereta aku tu dapatlah hadiah saman dari polis...rm300.  Aku jugak yang merana....nasib badan....