Saturday, July 12, 2014

CAREFREE - HEY DJ

Carefree telah mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, KL pada 11hb Mei 2014 dalam program bulanan This Is Rockin Sunday.
Hanya pemain gitar, Simon masih merupakan anggota asal band yang telah di tubuhkan pada 70an ini.  Walau begitu persembahan band ini sangat mantap...aku rasa lebih bagus dari sewaktu anggota yang asal dari segi muziknya.  Walaupun tak berapa ramai yang hadir pada malam itu (mungkin peminat Carefree yang dulu2 dah pencen kot), namun aku rasakan ini lah salah satu band yang sangat aku puas hati menonton dari segi persembahan dan bunyi.
Aku berkempatan merakam video ini dari bahagian tengah tapi disadvantagenya rakaman bunyi distort kerana 2 speaker besar betul2 di atas kepala dan camcoder cap ayam aku ni takde record volume control.  Mengambil masa 2 bulan untuk aku buat posting ni kerana dijanjikan oleh seorang hambaAllah untuk memberikan audio yang dirakam terus dari sound engineer console tp sampai saat posting ni senyap takde khabar berita.  So aku decide untuk post jugaklah dengan bunyi yang aku filtered sendiri.  Lagu asalnya bertajuk "Ke disko"....telah diubahsuaikan  liriknya ke "Hey DJ".  Kalau korang nak tahu, album "Kebebasan" inilah antara album yang mempunyai adunan bunyi yang paling baik berbanding dengan album yang se'era' dengannya dari kumpulan Sweet Charity, Black Dog Bone atau D Lloyds pada waktu itu.

No comments:

Post a Comment