Dah berbulan aku tak update blog ni. Kali terakhir adalah pada 19hb Jan 2013 bertajuk "Program Penghibur Jalan 1Malaysia".
Bukannya takde idea tetapi malas nak edit video. Masih ada 3-4 folder yg masih tak diedit. Tapi kali ni aku buatkan jugak satu dalam kadar yang agak cepat (sementara masih panas). Ianya boleh dikatakan sinambungan posting http://www.cuittumbangproduction.blogspot.com/2013/01/program-penghibur-jalanan-1malaysia.html
Malam tadi 24hb Mei 2013, aku ke Jalan Bukit Bintang setelah dijemput oleh penganjur untuk melihat program busking. Buskers ini telah pun terpilih untuk mewakili Malaysia untuk World Art Games di Croatia pada 29hb Jun 2013 hingga 10hb Julai 2013. Malaysia bukan hanya sekadar menghantar buskers dalam program ini tapi turut serta adalah pelukis jalanan juga kumpulan teater. Siapa sangka mereka ini dipilih mewakili negara untuk program bertaraf dunia ni.
Untuk mengetahui perkembangan aktiviti mereka ini sila layari https://www.facebook.com/groups/174361706062685/
Gambar-gambar pun ada banyak aku postkan di sana. Apa-apa pun tengoklah bakat mereka dalam video ini.
Support our local product.
No comments:
Post a Comment