Pada 5hb & 6hb Disember 2013, aku dan famili pergi ke Morib Gold Coast atas perlawaan jiran, Sham sekeluarga. Hari pertama (5hb) mendung di sana dan kami sampai dalam pukul 1 tengahari. Selepas lunch di medan selera di tepi pantai Morib, kami ke resort dan selepas check-in, terus ke theme park...acara yg paling ditunggu oleh anak2.
Keesokannya (6hb) selepas breakfast, anak2 seperti biasa ke theme park sehingga tengahari. Cuaca hari tu agak cerah dan panas. Kami check-out dlm jam 2ptg dan singgah di Pekan Morib untuk mengalas perut di KFC (pilihan anak2 le ni).
Selamat pulang ke Mantin dan Sham sekeluarga ke Nilai. Terima kasih Sham dan Zue.
Blog ini semata-mata untuk menyimpan hasil hobi...sambil nengok video tu.."klik" kat air tu untuk bagi makan ikan..
Wednesday, December 11, 2013
Wednesday, August 14, 2013
QUINNAYRA ALUDRA BEZDAY PARTI
Quinnayra Aludra Bt Idris adalah anak kepada anak buah aku, Fizzy Sherany menyambut parti bezday di kampung aku di Taman Temiang Jaya, Seremban. Tarikh lahirnya aku tak ingat tapi sambutannya adalah pada 30hb Jun 2013 yang lepas. Famili aku, abang, kakak, ibu, makcik, sepupu, anak buah ku dan rakan Fizzy hadir dalam parti yang disambut secara sederhana tapi meriah itu.
Lebih meriah lagi bila tetamu dah pulang, kami adik beradik mengadakan permainan teka teki dan hadiah diberi untuk dibawa pulang...just for fun sake.
Tuesday, July 30, 2013
I AM GIANT
Not me...its just a name of London based New Zealand rock band. Performing live at Hard Rock Cafe, K.Lumpur on 13th July 2012...a year ago. I've been keeping this IAG video clips recorded by me since but only now decided to edit and post part of it...enjoy!
Thursday, July 4, 2013
SRI PALMA VILLA, HOME SWEET HOME
Pertengahan Disember 2012 aku berpindah ke rumah baru. Kondominium yang sudah berusia 8 tahun ini dikelilingi dusun durian kepunyaan towke tilam, Sweet Dream juga kolej dan universiti swasta di Mantin. Suasana nyaman,sejuk serta kemudahan-kemudahan awam yang ada di sekelilingnya membuatkan aku rasa tidak jauh beza dengan rumah aku di Nilai dulu cuma di sini tinggi sikit lah....
Monday, June 24, 2013
CROATIA....HERE WE COME......
2 video ni adalah dari sessi rakaman secara langsung di TV1 untuk program "Selamat Pagi Malaysia" di Putrajaya pada 22hb Jun 2013. Kontinjen seramai 165 orang (asalnya 180) akan ke Croatia bagi menyertai World Art Games WAG) yang pertama kali diadakan.
Festival dwitahunan ini diibaratkan seperti 'Olimpik Seni' , buat kali pertama ini...tiada pertandingan bagi penyertaan dari 54 negara yang akan berkampung di sana. Bagi WAG yang kedua (2015), beberapa negara sudah pun membida untuk menjadi tuanrumah...antaranya (khabar2 angin je ni) Malaysia, Korea Selatan juga Mexico.
Aku di antara 165 wakil negara ke sana. Sebagai apa??? Sebagai mat sibuk...
Facebook link : https://www.facebook.com/groups/174361706062685/

Wednesday, June 19, 2013
SKYHIGH BAND ON HRC FOUNDER'S DAY
14th June 2012 marked the Founder's Day for Hard Rock Cafe all over the world. Skyhigh Band, a local ,perform for a 2 months contract. This is a short clip from the band...saje main2 tangkap...
DESA WATERPARK TRIP
Ini cerita lama....pada 27hb Dis 2011. Setelah hampir satu setengah tahun berlalu...barulah aku ada mood nak edit video ni. Maka ini lah hasilnya.....
Wednesday, June 12, 2013
RIANG DI GENTING HIGHLANDS
Cuti sekolah penggal tiga tahun 2012, aku tak sempat kemana-mana pun...banyak perkara yang harus diselesaikan. Hanya di sini ajelah tempat favourite bukan saja boleh balik hari tapi tak panas. Hari dan tarikh yang di pilih bersama jiran untuk ke Genting Highlands yang pada sebelah paginya nampak meriah bertukar pada hujan renyai-renyai dan angin ribut setiba di puncak Genting. Banyak permainan outdoor yang diberhentikan kerana cuaca tidak mengizinkan. Walau papepun...di setiap permainan yang dibenarkan, aku dan famili menikmati setiap saat walau mengigil kesejukan. Yang paling penting...anak-anak gembira...
Lagu di dalam klip ini : "I've Had The Time Of My Life" - OST Dirty Dancing & What A Feeling - Irene Cara.
Lagu di dalam klip ini : "I've Had The Time Of My Life" - OST Dirty Dancing & What A Feeling - Irene Cara.
OAG
Masih ingat Radhi dari Kumpulan OAG? Ya..sekarang OAG sudah menukar konsep ke muzik jalanan dengan mencuba sesuatu yang baru..iaitu bermain rentak keroncong. Pengalaman persembahan diwaktu masih berkonsepkan rock di konsert dan festival digunakan sepenuhnya oleh vokalis, Radhi berinteraksi bersama penonton berjaya menarik orang yang lalulalang berhenti untuk menonton persembahan OAG hinggakan hanya sedikit ruang untuk aku merakam video ini.
Jom tonton..
Jom tonton..
DP PROJECT
DP Project akan mewakili negara dalam World Art Games di Croatia pada 20hb June 2013 - 14hb Julai 2013.
Kumpulan yang membuat persembahan menggunakan alat percussion juga traditional amat menarik dan perlu diberi perhatian.
Tengok klip yang sempat dirakam di Jalan Bukit Bintang.
Kumpulan yang membuat persembahan menggunakan alat percussion juga traditional amat menarik dan perlu diberi perhatian.
Tengok klip yang sempat dirakam di Jalan Bukit Bintang.
GENJI BUSKER
Kumpulan pemuzik jalanan yang beraksi secara regular di Jalan Bukit Bintang....Genji
Busker, akan mewakili negara dalam World Art Games di Croatia pada 29hb June - 14hb Julai 2013.
Busker, akan mewakili negara dalam World Art Games di Croatia pada 29hb June - 14hb Julai 2013.
Sedikit persembahan dari mereka.
Sunday, May 26, 2013
BUSKERS TEMPATAN UTK KE WORLD ART GAMES
Dah berbulan aku tak update blog ni. Kali terakhir adalah pada 19hb Jan 2013 bertajuk "Program Penghibur Jalan 1Malaysia".
Bukannya takde idea tetapi malas nak edit video. Masih ada 3-4 folder yg masih tak diedit. Tapi kali ni aku buatkan jugak satu dalam kadar yang agak cepat (sementara masih panas). Ianya boleh dikatakan sinambungan posting http://www.cuittumbangproduction.blogspot.com/2013/01/program-penghibur-jalanan-1malaysia.html
Malam tadi 24hb Mei 2013, aku ke Jalan Bukit Bintang setelah dijemput oleh penganjur untuk melihat program busking. Buskers ini telah pun terpilih untuk mewakili Malaysia untuk World Art Games di Croatia pada 29hb Jun 2013 hingga 10hb Julai 2013. Malaysia bukan hanya sekadar menghantar buskers dalam program ini tapi turut serta adalah pelukis jalanan juga kumpulan teater. Siapa sangka mereka ini dipilih mewakili negara untuk program bertaraf dunia ni.
Untuk mengetahui perkembangan aktiviti mereka ini sila layari https://www.facebook.com/groups/174361706062685/
Gambar-gambar pun ada banyak aku postkan di sana. Apa-apa pun tengoklah bakat mereka dalam video ini.
Support our local product.

Saturday, January 19, 2013
PROGRAM PENGHIBUR JALANAN 1MALAYSIA
Bertempat di Dataran Pavilion, KL pada 18hb Jan 2013. Aku terlambat sampai ke lokasi dan hujan dah pun turun renyai2. Pun masih ramai yg tidak beranjak.....layan....
Subscribe to:
Posts (Atom)