Sebelum korang tengok video dibawah, baca cerita ni dulu.
Suatu petang di bulan Disember lepas, tidur aku terganggu oleh kejutan anak perempuan aku memberitahu bahawasanya anak jiran di depan rumah sedang menghempas anak-anak kucing yang baru berusia kurang dari seminggu. Lalu aku mengintai dari tingkap, aku melihat anak jiran itu sedang berseronok menghayun satu plastik beg dan menghempas ke tanah dan basikalnya. Kakaknya yg berusia 11 tahun bertepuk tangan setiap kali adiknya menghempas plastik tu. Aku bergegas kerumah jiranku itu lalu menghamun 3 beradik tu yang berusia antara 7 hingga 11 tahun. Setelah memeriksa isi plastik tu, terdapat 2 ekor anak kucing menggelupor kesakitan akibat hempasan tu. Ibu kucing tu sedang memindahkan salah seekor dari 3 ekor yg dilahirkannya ke sebuah rumah jiran yang lain di mana dalam pada masa itu 2 ekor lagi telah menjadi mangsa kanak2 yg kejam itu. Difahamkan bapa pada kanak2 tersebut menyuruh anak2nya itu membuang anak kucing (to get rid) dan anak2nya membuat keputusan menghapuskan (to dispose) kucing tersebut dengan pengetahuan bapanya. Waktu aku menghamun anak2nya tu, bapanya berada di pintu rumahnya dan hanya memerhatikan saja.
Lalu aku membawa anak kucing di dalam plastik itu kerumah jiran di mana ibu dan seekor lagi berada dan meletakkan plastik tu berhampiran tempat persembunyian kucing tu dan pulang. Selepas setengah jam kemudian aku kembali melihat keadaan kucing anak beranak tu malangnya ibu kucing tu dah phobia dan tidak berani mengambil 2 ekor anaknya yg cedera tu. Lalu ku bawakan 2 ekor yg sedang nyawa2 ikan tu ke ibunya.
Pada keesokannya aku mendapati salah seekor anak kucing itu mengalami kecacatan serious iaitu tak boleh berjalan lurus dan bergerak dalam bentuk bulatan dan tak tahu menyusu manakala yg seekor lagi dah boleh bergerak mcm biasa. Ibunya selalu meninggalkan anak yg cacat itu berseorangan lalu aku bawa ke rumah aku dan letak di dalam sangkar kucing. Dan aku bawakan ibunya kedalam sangkar untuk dia menyusukan anaknya malangnya anaknya itu gagal menyusu.
Hari berlalu, ibu kucing tu telah menjadikan rumah aku sebagai tempat berlindung dengan aku menyediakan makanan kucing (rumah aku memang selalu spare makanan kucing untuk mana2 kucing yg datang meminta makanan, akan ku bagi makan).
Kini setelah sebulan anak2 kucing tu pun dah besar sikit. 2 ekor segar bugar manakala seekor mengalami kecacatan kekal. Badannya tak membesar, kurus kering,lemah dan gagal mengimbangi diri. Kalau 2 ekor yg sihat tu dah mula bermain berkejar-kejaran tapi yg cacat tu hanya mampu duduk dan tidur. Berjalan pun terumbang ambing.
Petang semalam 12/1/12 sewaktu aku di tempat kerja, isteri aku menalipon memberitahu bahawa anak kucing yang cacat tu telah pun mati didepan rumah aku. Isteri aku telah menanam anak kucing tu dengan diiringi tangisan anak2ku.
Sebagai manusia yang mempunyai banyak kelemahan, aku cuma berharap satu hari keluarga yang menganiaya kucing tu sekeluarga masuk di dalam lift dan kabel lift tu putus. Biar mereka rasa macamana rasa terhempas.
Dan pada ibu kucing dan 2 ekor lagi adik beradiknya itu, doalah apa jua kemusnahan untuk keluarga tu yg aku sifatkan sebagai "barbarian" di zaman moden ini. Ptuih!!
Lagu di dalam klip ini: Namun Ku Punya Hati - Revolvers, Kasihnya Ibu - Sharifah Aini.
p/s. Fahamkan lyric "Rhyme Of The Ancient Mariner" oleh Iron Maiden.
Ya Allah, kesiannya dia ;( Kenapalaaa orang tu tak berhati perut? JAHAT! KEJAM! Kesian kucing tu.
ReplyDelete