Tahun lepas, 2011, inisiatif di ambil untuk re-union bagi pelajar tahun yang sama. Aku tidak hadir kerana bekerja. Dapat tengok gambar aje...terharu dan bersyukur kerana masih berkesempatan melihat gambar kawan-kawan lama setelah berpuluh tahun tak berjumpa. Ada yang dah terima menantu, perut dah bulat dan rambut di kepala dah memutih. Tak kurang juga yang dah menipis...haha...Tapi apa khabar dengan cikgu-cikgu yang mendidik kita dulu? Aku masih boleh menghafal nama2 cikgu kelas aku. Samada ingat atau tidak, jasa mereka perlu dikenang hingga akhir hayat kerana ianya tak ternilai dengan wang ringgit maupun harta. Tanpa cikgu siapa lah kita pada hari ini. SELAMAT HARI GURU.
Lagu di dalam klip ini - To Sir With Love - Lulu.
Well said kura. True meaning.
ReplyDelete