Ini cerita dah basi (PTT). Orang dah x main PTT lg, sekarang 'blackberry' adalah trend masa kini. Pendekata sape yg xde blackberry, kira koman lah sikit. Blackberry adalah diluar kemampuan aku untuk memiliki nya...sebagai sebuah handphone. Tp bagi harga yg sama untuk sebuah laptop atau kamera DSLR, rasanya lebih berbaloi kerana itu adalah minat aku.
Berbalik kisah PTT. Aku baru mendaftar PTT dibawah 4 group. 2 untuk yg berkaitan kerja, dan 2 lagi untuk keselamatan. Yg aku nk cerita ni pasal keselamatan. 1 group ni di bawah kawasan taman perumahan aku, Tmn Desaria, Nilai (SRD). Yg 1 lagi di bawah kawasan meliputi taman2 perumahan di Nilai dan Sepang (Squad Pemantau). Squad Pemantau mempunyai ahli yg ramai, dari pasukan keselamatan hinggalah ke surirumahtangga. Laporan keselamatan/jenayah sentiasa di laporkan dari masa ke semasa melalui channel ni. Sesuatu usaha yg sangat dipuji. Malangnya SRD pula tidak berapa mendapat sambutan dari warga Desaria sndiri. Tak tau kenapa...
Adakah kerana merasa mahal terpaksa beli handphone yg mempunyai program PTT? Adakah rasa membazir dgn yuran bulanan rm15? Atau adakah merasa keberkesanan PTT tu tidak mencapai objektif nya?
Ini pendapat peribadi aku. PTT adalah salah satu alat keselamatan yg sgt2 berguna dibandingkan dgn harga yg dibayar. Salain berfungsi sebagai handphone, boleh bercakap dan mesej, ia juga menjadi alat penggera yg senyap. Sebagai contoh, apabila kita menyedari ada org yg mencurigakan membuka pagar rumah kita atau pun bunyi org cuba mengopak pintu dapur, kita terus laporkan melalui PTT yg akan didengar oleh semua ahli. Jiran yg mendengar laporan kita boleh terus ke rumah kita untuk meninjau atau mengambil tindakan sepatutnya, juga boleh terus melaporkan pada pihak keselamatan. Dlm keadaan yg panik, terutama surirumah, kita akan terkial2 nk mendail suami atau jiran untuk meminta bantuan. Melalui PTT, hanya tekan butang dan lapor, mudah! Adalah baik sekiranya handphone PTT ni dikhaskan untuk tujuan (keselamatan) ini saje. Cuma chargekan bateri sepanjang hari dan biarkan 'on'. Tak nak bising, perlahankan volumenya. Di waktu malam, letakkan disebelah katil. Kalau ada kecemasan, capai handphone dan lapor. Apalah sgt rm15 ringgit dan bil letrik untuk sebulan. Purata cuma 55sen sehari. Beli teh o pun x lepas. Kita ibaratkan ianya seperti memasang ubat nyamuk letrik je. Demi keselamatan...Selain pada tu, boleh juga kita ber'chatting' atau bertanya kabar sesama jiran dan melaporkan apa-apa aktiviti persatuan secara 'live'.
Aku sendiri kurang aktif dalam aktiviti keselamatan di atas sebab tuntutan kerja. Tapi aku memang tak berkompromi dalam hal2 keselamatan. Aku cuma berharap akan ada lebih banyak respon dari penduduk Desaria. Kalau boleh "1 Rumah 1 PTT".
No comments:
Post a Comment