Ini cerita dah basi (PTT). Orang dah x main PTT lg, sekarang 'blackberry' adalah trend masa kini. Pendekata sape yg xde blackberry, kira koman lah sikit. Blackberry adalah diluar kemampuan aku untuk memiliki nya...sebagai sebuah handphone. Tp bagi harga yg sama untuk sebuah laptop atau kamera DSLR, rasanya lebih berbaloi kerana itu adalah minat aku.
Berbalik kisah PTT. Aku baru mendaftar PTT dibawah 4 group. 2 untuk yg berkaitan kerja, dan 2 lagi untuk keselamatan. Yg aku nk cerita ni pasal keselamatan. 1 group ni di bawah kawasan taman perumahan aku, Tmn Desaria, Nilai (SRD). Yg 1 lagi di bawah kawasan meliputi taman2 perumahan di Nilai dan Sepang (Squad Pemantau). Squad Pemantau mempunyai ahli yg ramai, dari pasukan keselamatan hinggalah ke surirumahtangga. Laporan keselamatan/jenayah sentiasa di laporkan dari masa ke semasa melalui channel ni. Sesuatu usaha yg sangat dipuji. Malangnya SRD pula tidak berapa mendapat sambutan dari warga Desaria sndiri. Tak tau kenapa...
Adakah kerana merasa mahal terpaksa beli handphone yg mempunyai program PTT? Adakah rasa membazir dgn yuran bulanan rm15? Atau adakah merasa keberkesanan PTT tu tidak mencapai objektif nya?
Ini pendapat peribadi aku. PTT adalah salah satu alat keselamatan yg sgt2 berguna dibandingkan dgn harga yg dibayar. Salain berfungsi sebagai handphone, boleh bercakap dan mesej, ia juga menjadi alat penggera yg senyap. Sebagai contoh, apabila kita menyedari ada org yg mencurigakan membuka pagar rumah kita atau pun bunyi org cuba mengopak pintu dapur, kita terus laporkan melalui PTT yg akan didengar oleh semua ahli. Jiran yg mendengar laporan kita boleh terus ke rumah kita untuk meninjau atau mengambil tindakan sepatutnya, juga boleh terus melaporkan pada pihak keselamatan. Dlm keadaan yg panik, terutama surirumah, kita akan terkial2 nk mendail suami atau jiran untuk meminta bantuan. Melalui PTT, hanya tekan butang dan lapor, mudah! Adalah baik sekiranya handphone PTT ni dikhaskan untuk tujuan (keselamatan) ini saje. Cuma chargekan bateri sepanjang hari dan biarkan 'on'. Tak nak bising, perlahankan volumenya. Di waktu malam, letakkan disebelah katil. Kalau ada kecemasan, capai handphone dan lapor. Apalah sgt rm15 ringgit dan bil letrik untuk sebulan. Purata cuma 55sen sehari. Beli teh o pun x lepas. Kita ibaratkan ianya seperti memasang ubat nyamuk letrik je. Demi keselamatan...Selain pada tu, boleh juga kita ber'chatting' atau bertanya kabar sesama jiran dan melaporkan apa-apa aktiviti persatuan secara 'live'.
Aku sendiri kurang aktif dalam aktiviti keselamatan di atas sebab tuntutan kerja. Tapi aku memang tak berkompromi dalam hal2 keselamatan. Aku cuma berharap akan ada lebih banyak respon dari penduduk Desaria. Kalau boleh "1 Rumah 1 PTT".
Blog ini semata-mata untuk menyimpan hasil hobi...sambil nengok video tu.."klik" kat air tu untuk bagi makan ikan..
Tuesday, April 26, 2011
Monday, April 18, 2011
SKUAD ANAK RUSA DESARIA vs BANGI JLN 3
Pagi Sabtu yang lepas, 16hb April 2011, aku berkesempatan merakam perlawanan bolasepak persabahatan di antara Skuad Anak Rusa Desaria FC menentang Pasukan Bangi Jln 3 (bawah 15 thn). Hanya sempat merakan permainan separuh waktu kedua. Lagipun hujan pulak pagi tu. Dengan menumpang payung salah seorang yang hadir, dapat jugaklah amik beberapa shot. Keputusan perlawanan...Desaria tewas 2 - 3.
Untuk berita bergambar sila klik di sini
MAJLIS BACAAN YAASIN KILANG COKELAT DEZZARIZ
Kilang Cokelat Dezzariz beroperasi di Nilai 3. Lokasinya behampiran pasar borong. Dimiliki bersama beberapa penduduk Taman Desaria. Hari Sabtu yg lepas (16hb April 2011), Dezzariz menjemput Biro Hawa untuk membaca yaasin di kilang tersebut. Untuk blog Biro Hawa Taman Desaria.
Lagu di dalam klip ini - Doa ku - Haddad Alwi.
Lagu di dalam klip ini - Doa ku - Haddad Alwi.
Tuesday, April 12, 2011
F1 ITU LAJU DAN KELAJUAN BOLEH MEMBUNUH
Demam F1 dah pun berlalu. Tahun ni bilangan penonton bertambah...kata Sepang International Circuit (SIC).
Memang ramai yang datang tapi apa yang aku tengok penuh dengan orang tempatan bukannya orang dari luar negara seperti yang diharapkan. Kalau tahun2 yang sebelumnya, berduyun-duyun bas charter penuh dengan Mat Salleh tapi tahun ni, kureng...bukan sikit tapi banyak kurengnya.
Perlumbaan tahun ni penuh dengan aksi yang mendebarkan. Walau pun aku pergi tapi aku tak masuk pun...mungkin boring...mungkin jugak aku tak suka pada perlumbaan. Adalah dua tiga keping gambar yang aku ambil, bukan di litar tapi di kawasan paddock. Aku ditugaskan membawa Team Singapore F1 ke SIC tiap-tiap tahun sejak Singapore mendapat hak untuk menganjur sukan F1.
Memang ramai yang datang tapi apa yang aku tengok penuh dengan orang tempatan bukannya orang dari luar negara seperti yang diharapkan. Kalau tahun2 yang sebelumnya, berduyun-duyun bas charter penuh dengan Mat Salleh tapi tahun ni, kureng...bukan sikit tapi banyak kurengnya.
Perlumbaan tahun ni penuh dengan aksi yang mendebarkan. Walau pun aku pergi tapi aku tak masuk pun...mungkin boring...mungkin jugak aku tak suka pada perlumbaan. Adalah dua tiga keping gambar yang aku ambil, bukan di litar tapi di kawasan paddock. Aku ditugaskan membawa Team Singapore F1 ke SIC tiap-tiap tahun sejak Singapore mendapat hak untuk menganjur sukan F1.
Macamana gambar aku bole terselit nih??
Ini adalah klip yang harus kita tonton...
p/s Seronok dapat jumpa bekas teman serumah waktu bujang dulu, blogger "RockyBru" di Paddock Area. Dah dapat title Dato' pun kau ye Din.
Sunday, April 3, 2011
T-REX leaving Kuala Lumpur
Last evening (31st Mar 2011) for T Rex Band from Indonesia to perform at Hard Rock, KL. They've been here since February 2011. This is no ordinary T-Rex from Jurassic Park. They're the tame ones and are here not to threaten but to entertain us. Watch this video.
Subscribe to:
Posts (Atom)