Pada 5hb & 6hb Disember 2013, aku dan famili pergi ke Morib Gold Coast atas perlawaan jiran, Sham sekeluarga. Hari pertama (5hb) mendung di sana dan kami sampai dalam pukul 1 tengahari. Selepas lunch di medan selera di tepi pantai Morib, kami ke resort dan selepas check-in, terus ke theme park...acara yg paling ditunggu oleh anak2.
Keesokannya (6hb) selepas breakfast, anak2 seperti biasa ke theme park sehingga tengahari. Cuaca hari tu agak cerah dan panas. Kami check-out dlm jam 2ptg dan singgah di Pekan Morib untuk mengalas perut di KFC (pilihan anak2 le ni).
Selamat pulang ke Mantin dan Sham sekeluarga ke Nilai. Terima kasih Sham dan Zue.